Monday, 24 September 2012

Minggu ketiga pembelajaran Komputer Dalam Pendidikan

Pada minggu ketiga sesi pembelajaran komputer dalam pendidikan, saya telah belajar sesuatu yang baru untuk menyimpan data tanpa perlu membawa `external hard disc' atau `pendrive'. Hal ini kerana kami telah diajar untuk menggunakan `Dropbox' iaitu program untuk menyimpan data di atas talian. dengan menggunakan dropbox, saya boleh menyimpan atau membawa kerja-kerja saya dimana saya berada.

Monday, 17 September 2012

minggu kedua pembelajaran KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Pada minggu kedua, pelajar telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Saya berada di kumpulan S1K1 dibawah bimbingan Puan Mazalah Binti Ahmad. Tugasan minggu kedua adalah pelajar dikehendaki membuat e-mail rasmi iaitu yahoo dan juga google. Nama adalah seperti di dalam Mykad. Hal ini kerana, e-mail ini akan digunakan untuk berurusan dengan pensyarah dan juga hal-hal rasmi. Selain itu, tugasan berikutnya adalah membuat blog,facebook rasmi, yahoo group dan juga facebook group. Pelajar juga diminta membuat signature di yahoo mail.Selepas membuat semua di atas, pelajar diminta menghntar email kepada Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin – ge1155@yahoo.com. Pelajar diminta mengemaskini blog setiap minggu.

Monday, 10 September 2012

minggu 1 Komputer Dalam Pendidikan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Pada minggu pertama sesi pembelajaran Komputer dalam Pendidikan, pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada pelajar-pelajar daripada program sukan dan rekreasi, pendidikan khas dan juga TESL. Ketiga-tiga program dibawah fakulti Pendidikan.Komputer dalam Pendidkan ini diterajui oleh DR.Siti Fatimah Binti Mohd Yassin.

Sunday, 2 September 2012

2 SEPTEMBER 2012

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA. Hari pertama saya menjejakkan kaki di Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Bangi setelah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Muda Sukan dan Rekreasi di bawah Fakulti Pendidikan. Saya juga ditempatkan di Kolej Rahim Kajai