Pada minggu keempat sesi pembelajaran saya dalam kelas Komputer dalam Pendidikan, saya telah belajar untuk membezakan diantara post dan email. Perbezaan post adalah penggunaan 'post' dalam yahoogroup lebih kepada sifat keterbukaan,dimana setiap kali maklumat atau mesej yang dibuat melalui 'post'dapat dilihat oleh rakan-rakan di yahoogroup. Manakala email pula lebih bersifat peribadi,dimana setiap kali maklumat atau mesej dihantar,hanya orang yang menerima mesej tersebut yang boleh membacanya.Selain itu,terdapat juga ruangan cc,dimana kita boleh menghantar salinan maklumat atau mesej tersebut kepada penerima.
Selain itu, pada minggu keempat juga saya telah belajar tentang COURSE MANANGMENT SYSTEM (CMS) dan LEARNING MANANGMENT SYSTEM (LMS). CMS dan LMS merupakan satu kaedah yang digunakan atas talian bagi memudahkan segala urusan. Sistem ini amat sesui digunakan oleh pensyarah/guru dengan pelajar. Selain itu, jika diperingkat universiti sistem ini turut boleh digunakan oleh pelajar untuk berhubung secara terus dengan fakulti, diantara pensyarah/guru dengan fakulti/pejababat.
- Pendaftaran secara atas talian. Perlu menggunakan kata laluan untuk menyemak
program, kursus atau subjek yang diambil. - Memasukkan sistem pemarkahan
- Pengujian. Pengajar boleh memasukkan soalan atau kuiz dan dijalankan di atas
taliaan. - Susulan perbincangan dengan peserta secara atas talian.
- Laporan agregat, seperti bilangan orang yang mendaftar untuk kursus tertentu
- Kursus katalog. Menyenaraikan kod kursus, jadual pembelajaran seperti jadual
kuliah dan tutorial. - Papan perbincangan, di mana pengajar dan pelajar boleh berbincang bacaan dan
meneruskan perbincangan kelas antara sesi kelas formal. - Lain-lain alat komunikasi, yang membolehkan pengajar menghantar
pengumuman kepada kelas dan berkomunikasi secara individu dengan pelajar
Pada setiap minggu tugasan semakin berat. Saya perlu bekerja lebih keras untuk menyiapkan segala tugasan pada minggu yang telah ditetapkan. Sekian.
No comments:
Post a Comment